Artist Malaysian Blog

Malaysian Artist Blog

Nas Adila Tersingkir Dari Akademi Fantasia 7

Malam tadi telah berlangsung konsert minggu ke-2 Akademi Fantasia musim ke-7 di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil dan menyaksikan Adila atau nama sebenarnya, Nas Adila Mohd Dan, menjadi pelajar pertama yang tersingkir akibat dari jumlah undian SMS yang paling rendah dari peminat. Sebaik sahaja mendapat tahu, penyanyi rakaman yang sudah dikenali itu menangis dan menekup muka dengan tangan, namun dipujuk oleh semua rakan-rakan.

Nas Adila membawakan lagu medley Merawat Luka Terpendam dipopularkan Liza Hanim dan melodi dangdut, Asyik, nyanyian asal Amelina. Pengkritik berpendapat, Adila harus membawa dengan lebih lembut untuk lagu Asyik.
Nas Adila AF7

Ramai yang menjangkakan Rini dan Sidi yang mulanya dipanggil oleh AC Mizal akan terkeluar. Dijangkakan juga 2 orang pelajar yang tersingkir namun, pihak AF hanya membuang seorang sahaja. Ini bermakna 13 orang lagi pelajar berbaki untuk meneruskan perjuangan mereka untuk bergelar juara AF7.

Bertemakan rangkaian lagu-lagu medley, konsert malam tadi terus member suntikan yang berbeza kepada pelajar. Dirasakan semua pelajar memiliki bakat yang setara dan ada yang sedikit menonjol seperti Hafiz dan Claudia yang telah menerima pujian melambung dari pengkritik dan tepukan gemuruh dari penonton.

Persembahan nyanyian dan tarian menerusi lagu tema Menuju Puncak oleh para pelajar dibuat diawal persembahan.

Pelajar terbaik minggu lalu, Hafiz, meneruskan kecemerlangannya apabila mendapat pujian daripada 3 pengkritik. Pengkritik tetap yang bertugas minggu ini adalah Adlin Aman Ramlie dan Edrie Hashim manakala Dato’ Khadijah Ibrahim alih tidak dapat hadir kerana mempunyai komitmen yang lain dan tugasan itu diambil oleh Dato’ Yusni Hamid.

Persembahan pelajar lain adalah Yazid menerusi (Lelaki Ini/ Anuar Zain, Fikirlah/ Aizat), Aril (Benar-Benar, Robot/ Adam), Qhaud (Bila Naik Saksi/ Spider, Lagu Untukmu/ Meet Uncle Hussein), Sidi (Selamat Ulang Tahun Sayang/ Imran Ajmain, Kukoo/ Ferhad), Obri (Akan Tiba/ Aliff, Ada Untukmu/ Nubhan), Hafiz (Cinta Ini Membunuhku/ D-Masiv, Toyol/ Aznil) dan Akim (Satu/ Dewa19, Buronan Cinta/ The Lima).

Turut membuat persembahan adalah Rubisa (Dingin/ Ziana Zain, Gagap/ Stacy), Claudia (Ku Mahu, Wanita/ Siti Nurhaliza), Aishah (Coba/ Faizal Tahir, Gila/ Mila), Zizi (Sembilu/ Ella, Wonder Woman/ Mulan Jameela), Rini (Aku Sindarela /Amylea, Kiblatku/ Hazami) dan Isma (Jat Da Da Da/ Dia Fadilla, Hello/ Farah Asyikin).

Kepada Adila, teruskan perjuangan dalam bidang seni. Jangan putus asa. Rezeki ada di mana-mana. Kalau boleh, cari lagi X factor dan juga bina aura yang lebih kuat untuk terus menonjol. Moga sukses milikmu, Adila.

March 22, 2009 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Bakal Suami Yatt !!!

Manje Nyer
Tahniah kepada Yatt, atau nama sebenarnya Haryati Hamzah yang bakal melangsungkan perkahwinan bersama pengurus Sports Planet pada 29 Mac ini setelah setahun bertunang. Perkahwinan kedua pasangan ini akan mengambil berkonsep moden, kontemporari dan tradisional .

Bakal Hubby Dier
Menurut Yatt yang pernah berlakon dalam drama Bella dan filem Impak Maksima, persiapan sudah siap 80 peratus seperti baju, pelamin dan kad undangan. Mengimpikan perkahwinan yang ringkas, Yatt menyatakan dia sedia menerima sebarang tajaan daripada mana-mana pihak yang sudi menaja perkahwinannya.

Tempah Baju Kahwin

March 21, 2009 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Nora Danish & Baby Baru

Anak Nora Danish

angku ANak

Baby

Cute Gak Baby Nora nie tapi…Ibu dier seksi la.. Apa pun good Luck

March 21, 2009 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Zakiah Anas

Zakiah Anas Hot Now

Zakiah Anas, pengacara rancangan 999 yang streotaip dengan aktiviti polis menumpaskan musuh, kecoh tatkala gambar beliau bertuala tersebar di’internet. Menurut Khai OhArtis, penyiasatannya terhadap gambar Zakiah adalah bukan superimpose (Alasan tipikal artis).

Witchman ! yakin gambar di’atas sememangnya Zakiah Anas.

Anda pula, macam mana?

March 21, 2009 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Gambar perkahwinan Atie AF 1dengan saiful ibrahim

Atie Af1

Atie Af1

March 14, 2009 Posted by | Male Artist | 1 Comment

Hello world!

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!

March 14, 2009 Posted by | Male Artist | Leave a comment